Saturday 9 November 2019

Permainan Interaktif Di Dalam Kelas


            Generasi pada hari ini adalah generasi yang suka meluangkan masa bersama dengan telefon pintar masing-masing. Kebanyakan daripada masa mereka sehari-hari digunakan untuk telefon pintar mereka. Mereka lebih suka membaca artikel dan sebagainya yang dipaparkan pada skrin berbanding tulisan-tulisan yang terdapat pada helaian kertas.

            Justeru itu, sebagai pendidik yang bijak, lebih baik jika kita mengambil langkah untuk memanfaatkan situasi ini dalam pengajaran dan bukannya berterusan memarahi pelajar untuk mengurangkan masa mereka bersama dengan telefon pintar yang dilihat agar sukar untuk dicapai. Alternatif ini boleh menarik minat pelajar di dalam kelas serta menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria dan tidak membosankan. Selain itu, langkah ini juga boleh menjimatkan kos pembelian kertas yang kadang-kadang para guru terpaksa mengeluarkan duit poket mereka sendiri untuk membekalkan nota dan latihan kepada pelajar-pelajar mereka.

            Untuk entri kali ini pula, saya ingin berkongsi salah satu aplikasi yang agak popular dalam kalangan pendidik yang digunakan sebagai pengukuhan dan latihan untuk pelajar sebelum tamat sesuatu sesi pembelajaran. Aplikasi tersebut ialah aplikasi Kahoot. Aplikasi ini adalah aplikasi yang senang untuk dibina sendiri oleh mana-mana guru. Untuk menggunakan kuiz online ini, guru hanya perlu mendaftar akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum mula membina soalan kuiz. Aplikasi Kahoot ini menjadikan pelajar bagaikan hilang kawalan ketika menjawab soalan kuiz ini secara online kerana markah akan terus dipaparkan di skrin di hadapan kelas.



Pelajar seronok dan teruja di dalam kelas


            Penggunaan aplikasi Kahoot ini boleh memberikan peluang yang samarata kepada semua pelajar untuk terlibat kerana guru boleh memastikan semua nama pelajar telah terpapar pada skrin di hadapan kelas. Hal ini kerana, sekiranya dibuat pengukuhan dengan bersoaljawab secara verbal sebagaimana kelaziman, hanya sesetengah pelajar yang berani sahaja yang akan bersuara. Impaknya, agak sukar bagi guru untuk mengetahui tahap kefahaman semua pelajar terhadap pelajaran yang telah disampaikan. Kuiz sebegini dapat merangsang minat para pelajar melalui suasana pembelajaran secara interaktif yang mengandungi unsur persaingan. Aplikasi ini boleh digunakan dalam pelbagai peranti seperti telefon pintar, ipad, tablet dan komputer.    






 Pelajar bersemangat dan sentiasa ternanti-nanti untuk melihat keputusan bagi setiap soalan


            Selain itu, setiap kali selesai sesi kuiz online, guru akan diberikan analisis secara terperinci keputusan daripada kuiz online sebentar tadi dalam bentuk Microsoft Excel. Di sini, guru boleh membuat analisa kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap pelajar untuk dilakukan intervensi bagi memastikan para pelajar berjaya menguasai keseluruhan pelajaran dengan baik.



Pengumuman pemenang kuiz


Analisa penuh secara terperinci keputusan akhir kuiz dalam bentuk Microsoft Excel


            Aplikasi ini dilihat sebagai aplikasi yang sangat secocok dengan kehendak PdP pembelajaran abad ke-21 yang mana dapat menerapkan unsur didik hibur dalam sesi pembelajaran di samping menjadikan suasana penuh keceriaan dan mendidik pelajar menepati masa. Kesan positif daripada aplikasi ini jelas dapat dilihat sehinggakan pelajar meminta daripada guru untuk menjawab lagi set kuiz yang lain dan supaya kuiz sebegini dilaksanakan lagi dalam sesi PdP yang akan datang.

            Namun begitu, kelemahan yang paling ketara daripada penggunaan aplikasi ini adalah apabila digunakan di kawasan yang mempunyai capaian intenet yang lemah. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar sukar untuk masuk ke dalam permainan dan guru juga terpaksa set semula kuiz beberapa kali kerana masalah ini. 

            Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada rakan-rakan pendidik sekalian ke arah menggalakkan pembelajaran abad ke-21 dalam pengajaran kita bersama para pelajar. Selamat mencuba.

10 comments:

  1. Alhamdulillah ilmu yang bermanfaat...boleh di cuba dalam kelas akan datang...

    ReplyDelete
  2. Teknik sesuai utk pelajar skrg sbb boleh tarik fokus semasa belajar

    ReplyDelete
  3. setuju dengan cadangan ustaz,, lebih baik manfaatkan sistem sediada daripada mencegahnya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, saya juga pernah menggunakan apps ni di dalam kelas. TErbukti dapat menarik minat pelajar. yang selalu mengantuk pun jadi segar bugar

    ReplyDelete
  5. Saya sangat suka guna kahoot! Dalam kelas sangat membantu

    ReplyDelete
  6. saya pun guna kahoot. cikgu seronok pelajar pon seronok!

    ReplyDelete
  7. Goodjob ������

    ReplyDelete
  8. cadangan yang bagus!

    ReplyDelete